Pages

Saturday 27 February 2010

Khasiat Pisang

Info kesihatan...

Tahukah anda pisang mempunyai banyak khasiat...??
Mungkin segelintir daripada kita tak suka makan pisang..tapi hakikatnya pisang mempunyai banyak khasiat yang belum ketahui...
Info ni pun saya dapat melalui mailbox saya...jadi sekadar nak berkongsi dengan sahabat-sahabat.....



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi,
pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar
potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu
lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti
membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat
minuman pisang susu campur madu .Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan
anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu
memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati
tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlumengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam
pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat
menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan
simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat
membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu
menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk
menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Thursday 25 February 2010

Salam Maulidur Rasul ~ Kepentingan Mempelajari Sirah

Sesudah masuknya waktu maghrib pada petang tadi (waktu di Jordan),maka menjelmalah tarikh 12 Rabiulawal iaitu tarikh keramat bagi umat Islam seluruh dunia. Tarikh lahirnya seorang insan agung yang membawa seribu rahmat kepada kita semua iaitu Muhammad S.A.W.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, bersempena dengan kedatangan maulid nabi,aku teringat satu lagu yang pernah ku hafal pada usia seawal 5 tahun. Ketika itu aku berada di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) iaitu sebuah pusat pendidikan peringkat pra-sekolah. Antara bait-bait lagu itu ialah “ 12 Rabiul Awal tahun gajah, Hari Isnin Nabi dilahirkan di Kota Mekah yang penuh Bersejarah..nabi kita Nabi Muhammad, Ibunya bernama Siti Aminah, ayah nabi bernama Abdullah, datuknya pula Abdul Mutalib..Bapa saudaranya Abu Talib, Ibu susunya Halimah Sa’diah, wanita solehah di kasihi Allah”.

Seingat aku, selain lagu di atas, banyak lagi lagu-lagu yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W seperti lagu atau nasyid yang berkaitan dengan anak-anak nabi, sifat-sifat nabi dan sebagainya. Tujuan utamanya adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenal Nabi S.A.W dan menyemaikan sifat cintakan Nabi S.A.W bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Jelasnya di sini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui dan memahami sirah Nabi S.A.W sehinggakan kanak-kanak yang berumur seawal 5 tahun pun telah didedahkan dengan sejarah hidup Rasulullah S.A.W.

“Apa kepentingan kita mempelajari sirah Nabi S.A.W..?” Masih terngiang-ngiang lagi soalan yang diutarakan oleh Dr. Ali Fawwaz kepada pelajar yang mengambil madah Sirah Nabawiyyah dengan beliau. Dengan menggunakan kitab Fiqh As-Sirah An-Nabawiyyah karangan Dr.Sa’id Ramadhan Al-Buty, beliau menghuraikan dengan terperinci tentang kepentingan mempelajari sirah Nabi S.A.W.

Antara ‘point’ yang dapat diambil ialah :

  1. Memahami peribadi Nabi S.A.W menerusi perjalanan sepanjang hayat baginda.
  2. Supaya manusia dapat mengikut contoh teladan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Andai kata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapati semuanya terkandung dalam kehidupan Nabi S.A.W
  3. Membantu manusia memahami isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat Al-Quran yang duhuraikan atau ditafsirkan melalui kejadian dan peristiwa dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.
  4. Membolehkan para pendidik/ pendakwah mencontohi sistem pengajaran yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  5. Membantu umat Islam mengetahui kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar, sama ada pengetahuan yang berkaitan dengan aqidah, hukum hakam dalam Islam atau tatasusilanya. Kehidupan Rasulullah S.A.W adalah satu gambaran yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.

Oleh itu, bersempena dengan kedatangan Maulidurasul, marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di samping itu sama-sama kita memperkemaskan lagi pengetahuan kita tentang sirah-sirah nabi agar kita dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.

~Habibina Muhammad

~Sayyidina Muhammad

~Nabiyyuna Muhammad


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


The Chosen One-Maher Zain

In a time of darkness and greed

It is your light that we need

You came to teach us how to live

محمد يا رسول الله

You were so caring and kind

your soul was full of light

You are the best of mankind

محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

From luxury you turned away

And all night you would pray

Truthful in every word you say

محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun

Your beauty equaled by non

You are Allah Chosen One

محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

I'll try to follow your way

And do my best to live my life

as you taught me

I pray to be close to you

On that day and see you smile

When you see me

صلّوا على رسول الله

الحبيب المصطفى

Peace be upon The Messenger

The Chosen One

صلّوا على رسول الله

Oh

Peace be upon.. Oh

The Chosen One

Monday 22 February 2010

Think Out of The Box

Lagi-lagi cerita......

Untuk post kali ini, ada satu cerita yang nak dikongsikan…cerita ni bukan la cerita benar, tetapi boleh memberi pengajaran dan dapat diambil input-input yang berguna dalam cerita ni…insyaAllah…….



Alkisah…..Seorang budak duduk di tepi tangga pada sebuah bangunan bersama dengan topi yang ditetakkan berhampiran kakinya. Dia mengeluarkan papan tanda yang tertulis “ Tolong saya, saya orang buta”. Terdapat beberapa keping duit syiling di dalam topi dihadapannya.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki dewasa berjalan menghala ke arah budak tersebut. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping duit syiling lalu dimasukkan ke dalam topi budak itu. Selepas itu lelaki tadi mengambil papan tanda dan membalikkannya kemudian menulis sesuatu. Selepas selesai menulis, dia meletakkan papan tanda itu di tempat asal supaya orang yang lalu-lalang di kawasan itu dapat membaca apa yang ditulisnya.

Beberapa jam kemudian, lelaki dewasa tadi kembali ke tempat budak buta. Topi yang tadinya kosong telah dipenuhi dengan wang. Budak buta itu mengecam bunyi tapak kasut lelaki yang menulis pada papan tandanya tadi bertanya, “Adakah tuan yang menulis pada papan tanda saya pagi tadi..??Apa yang tuan tulis??”

Lelaki itu menjawab, “ Saya tulis apa yang kamu ingin maksudkan tapi dalam bentuk yang berbeza… ‘Hari ini hari yang sangat indah tapi saya tidak dapat melihatnya”


Emm..daripada cerita ni, mungkin kita fikir papan tanda yang pertama membawa maksud yang sama dengan papan tanda kedua..

Memang betul la..sebab kedua-dua papan tanda itu memberitahu orang ramai bahawa budak tu buta….

TAPI….

-Papan tanda yang pertama membawa maksud budak itu buta..(tu saje..)

-Manakala papan tanda kedua memberitahu orang ramai bahawa mereka bertuah kerana tidak buta dan dapat menikmati hari-hari dengan gembira tidak seperti budak itu yang tidak dapat merasainya.

Haaa..mesti cara kedua lebih efektif kan….=)
Jadi apa yang baik tu boleh la diambil sebagai pengajaran dan yang buruk tu tak payah ambik la…

Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative.. Be innovative. Think differently and positively.

Sunday 21 February 2010

Hari Pertama Fasal Kedua



~Setelah hampir sebulan bercuti. Hari ini bermulalah hari pertama untuk semester kedua bagi pengajian di Universiti Mu'tah, Jordan.

Kelas bermula seawal jam 8 pagi dan Muhadhorah pertama ialah Aqiadah yang dibimbing oleh Dr.Roudd. Sebagai muqaddimah bagi pengajian Aqidah untuk fasal ini, Dr.Roudd telah mengajukan soalan yang membuatkan para mahasiswa kuliyyah syariah terpinga-pinga untuk seketika. "Aina llah..???" Soal Dr. kepada para pelajarnya. Sejurus sahaja soalan itu keluar dari mulut beliau, mimik muka pelajar-pelajar terus berubah.Tidak pernah terfikir soalan sebegitu dalam benak fikiran masing-masing. Ada yang berkerut dahi, ada yang blurr, tidak kurang juga yang berbisik-bisik dengan rakan di sebelah. Mungkin tertanya-tanya jawapan paling tepat untuk diberikan kepada Dr. Semua pelajar wajib memberikan jawapan masing-masing (stail round table la ni..). Bermacam-macam jawapan yang keluar. Ada yang menjawab Allah ada di Arasy, di langit, di setiap tempat dan ada juga yang menjawab Allah ada di dalam hati. Gelak satu kelas dengar jawapan tu...(mcm-mcm ragam). Dan kebanyakannya menjawab "Wallahua'lam".

Sebagai penutup untuk muhadhoroh Aqidah untuk hari ini, Dr.Roudd telah memberikan sedikit rumusan. "Jika kamu kata Allah itu berada di Arasy atau langit, Arasy / langit tu makhluk atau bukan makhluk??" semua menjawab makhluk. "Jadi Allah yang menciptakan makhluk (Arasy dan langit). Di mana Allah sebelum Dia ciptakan Arasy dan langit??"...kesimpulan yang berbentuk soalan yang kami dapat. Untuk jawapan yang mengatakan Allah berada di setiap tempat,hanya satu kalimah sahaja yang diucapkan oleh Dr. Roudd iaitu "Mu'tazilah". Sekali lagi satu kelas ketawa (mungkin xsangka jawapan yang diberikan tu adalah jawapan golongan Mu'tazillah...bahaya2)
Kata Dr.."Jawapan yang paling selamat untuk soalan sebegini ialah “wallahu'alam"..emm.

Selepas itu bertukar pula kepada kelas Dirasat Nahwiyyah. Tenaga Pengajarnya, Dr.Shaheer. Sesi muqaddimah untuk pengajian Nahu diisi dengan motivasi sebagai pencungkil semangat kepada kami untuk mempelajari Nahu. "Kamu jangan kata SUSAH kepada Nahu. Kata 'aku mahu mempelajarinya'..Jika kamu kata susah hati kamu akan menjadi takut kepada Nahu, dan susah untuk mempelajarinya"..(mind setting kena betul tu). Memang betul la apa yang dikatakan oleh Dr.Shaheer. Say easy to Nahu.

Untuk akhir muhadhoroh pada hari ini ialah kelas English dan Dr.Anuar Abu Labn sebagai lecturernya. Tuannya sudah berusia dan sempoi sahaja,dengan mengenakan baju t-shirt dan jaket..masih mantap walaupun dah berusia. Sebelum kelas English, kelas Sirah Nabawiyyah terlebih dahulu ku hadiri. Pensyarah yang telah ditetapkan untuk mengajar kelas kami ialah Dr.Mustaffa Abu Zaid. Namun, pensyarah yang masuk mengajar madah Sirah Nabawiyyah pagi tadi ialah Dr.Ali Fawwaz dan kami diberitahu, beliau menggantikan Dr.Mustaffa.~(semua terperanjat)~ walaupun ada yang berpendapat,Dr. tu syadid, Dr. tu tak best. Dr. tu susah dan macam-macam lagi...Tu la, kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha menentukan.

Walau sesiapa pun pensyarah yang mengajar kita,kita harus sabar dan gigih serta anggap lah ianya ujian daripada Allah...Apa yang penting kita sentiasa berusaha dengan gigih...sentiasa berdoa...dan bertawakkal kepada Allah SWT.

إسـتمرار في الجهد,سـيحصل النجاح..الدعاء والتوكل سـلاح الكفاة

~DO THE BEST~

Saturday 20 February 2010

'JERUNG' KEHIDUPAN



Ni nak bercerita skit ni..mungkin kisah ni pernah didengari, tapi xpe la...anggap sebagai ulangkaji je la yer...

"Masyarakat Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran dengan pantai kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh iaitu kawasan perairan laut dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka membawa pulang hasil tangkapan mereka. Hal ini menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap menjadi kurang segar apabila sampai ke pelabuhan dan masyarakat jepun tidak sukakan ikan-ikan tersebut.

Oleh itu, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu berada di tengah laut. Kaedah ini membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh dan tinggal lebih lama di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, nelayan-nelayan di jepun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air. Dengan cara ini, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejukbekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.



Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil, maka ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar sesama sendiri dan menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi lemah dan akhirnyavmereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak menggemarinya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie……)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan??? Nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan nak tahu apa berlaku?
Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut..(soal hidup dan mati beb!.) Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar".

Citer da habis….Jadi apa pengajarannya……..??
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan boleh diibaratkan seperti dugaan, cabaran, tekanan dan liku-liku yang wujud dalam kehidupan kita dan ikan-ikan yang selamat sampai ke pelabuhan tu adalah kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau dugaan, kehidupan kita akan menjadi lesu dan terasa kosong serta asing. Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan kita lebih bertenaga, bersemangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya..~"bhhasya"~

Friday 19 February 2010

PERTANDINGAN RUMAH CONTOH..!!!!

Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) PERMATA 09/10 akan mengadakan satu pertandingan yang berkaitan dengan kebersihan iaitu 'Pertandingan Rumah Contoh' yang akan melibatkan semua mahasiswa Malaysia Mu'tah. Ini bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.

Pertandingan Rumah Contoh pada kali ini bertemakan “Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”.

Objektif pertandingan ini diadakan antaranya adalah :

1.Menanam sifat cintakan kebersihan dikalangan mahasiswa

2.Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli rumah masing-masing melalui amalan bergotong-royong membersihkan rumah

3.Menyemai semangat persaingan sihat dikalangan mahasiswa Malaysia di Mu'tah

Waktu : -Awal fasal thani

-akhir Fasal thani (1 April – 14 April 2010)

~Harap semua sentiasa bersedia...kerana pihak kami akan datang bila-bila masa sahaja...TUNGGU,RUMAH ANDA AKAN KAMI TERJAH...

Dilampirkan juga skema pemarkahan yang dititikberatkan semasa sesi TERJAHAN dibuat:

SKEMA PEMARKAHAN

1) Aspek yang dititikberatkan:

a. keceriaan dan kreativiti

b. kebersihan dan kekemasan

2) Tempat yang akan dinilai:

a. tandas -20%

b. ruang tamu -10%

c. bilik -50%

d. dapur -20%

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1.Terbuka kepada semua rumah di Mu'tah.Terbahagi kepada 3 kategori iaitu

a) bayt syabab

b) bayt akhawat

c) bayt mutazawwij & adi-beradik

2.Andai kata tidak ada tuan rumah semasa sesi TERJAH dijalankan, maka secara automatiknya rumah tersebut tidak akan dinilai.

3.Sesi TERJAHAN daripada pihak pengurusan pertandingan akan diadakan sepanjang fasal thani sebanyak dua kali.

*Penting

-Disamping para juri, rumah anda juga akan diserbu oleh photographer-photographer kami. Oleh itu, anda semua haruslah bersedia dan gambar yang kami perolehi akan ditayangkan dalam slideshow.

“Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”

~ Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...