Pages

Friday 21 May 2010

Maqlubah oh Maqlubah

Alhamdulillah, setelah sejam berhempas pulas akhirnya berjaya menyiapkan hidangan tradisi orang arab di Bumi Syam iaitu maqlubah bersama housemate. Hasil tunjuk ajar Bu Asiah, bibik kepada tuan rumah sewa kami. Ada la rasa maqlubah tu.... boleh la menghilangkan bunyi-bunyi keroncong dari perut kami....padan la dengan percubaan pertama.

Maqlubah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud terbalik, dibalikkan atau benda yang terbalik. Ia sejenis hidangan berasaskan nasi dan dinamakan maqlubah disebabkan cara penyediaannya. Maqlubah yang telah siap dimasak akan ditelangkupkan ke atas talam atau pinggan besar. Selepas itu boleh dimakan dan lebih meriah jika makan secara berjemaah..=)

Kebiasaannya masyarakat di Tanah Syam akan menghidangkan maqlubah bagi meraikan tetamu (dhuyuf) yang datang bertandang ke rumah mereka. Patutlah tuan rumah kami ingat kami ada tetamu bila kami minta tolong pembantu rumahnya mengajar cara-cara membuat maqlubah.

Mungkin dah jemu memasak menu sama kot...sekali sekala tukar selera arab sedap gak.
Baru setahun kena masak sendiri dah jemu..ibu-ibu, mak-mak kita dah berpuluh-puluh tahun memasak..takde pulak diorang rasa jemu memasak...tu la namanya berkat seorang ibu..tidak ternilai pengorbanan mereka..sekadar renungan sejenak...

Emm..apa2 pun, terima kasih buat Bu Asiah yang sudi mengajar kami masak maqlubah.

*gambar dalam posting ni copy je..bukan gambar sebenar..xsempat tangkap gambar tadi...hehe



Friday 7 May 2010

MENANGIS....



MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS.... ???

BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...???
ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..???

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

- Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allahlah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun
ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah
air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat dicela
umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau
merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan siksaan Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan
tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka
wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang
daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah
ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di
jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon
kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum
akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam
terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.



*Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.

*Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

*Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

*Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.

*Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

*Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat,yakinlah rezeki itu
adalah pemberian Tuhan.

Oleh itu??..

Simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari
qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan
kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, ada tiga perkara yang membuatkan saya menangis...

# Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
# Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
# Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga
atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mati.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

Tuesday 4 May 2010

Terapi Kambing

Sekadar perkongsian..sama-sama beroleh manfaat......



Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut :

1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2. Kolestrol daging lembu dan ayam.

3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.


Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...