Pages

Friday 21 October 2011

Al-Fatihah buat 'Che'

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."  [Aali ‘Imraan (3) : 185]

*******

moga aman dan bahagia
che disana.
"Che, along minta maaf atas segalanya..halalkan makan minum.." Aku mencium tangan 'che' dan memeluk erat tubuhnya. Air mataku bergenang di kelopak mata.

"Along belajar elok-elok, jaga diri baik-baik ditempat orang". Pesan 'che'.

Itulah kali terakhir aku bersua muka dengan 'che' sebelum aku kembali meneruskan pengajian di bumi Jordan setelah lama bercuti di tanahair. 'Che' adalah panggilan aku dan adik beradik lain untuk nenek sebelah ibu. 

Hubungan kami adik beradik dengan 'che' sangat rapat. Sejak umur setahun jagung hinggalah besar, kami adik beradik mendapat asuhan daripada 'che' disamping didikan daripada ibu-bapa kami.

Hari ini, aku mendapat panggilan telefon daripada ibuku. Panggilan untuk menyampaikan berita sedih. 'Che' telah kembali ke rahmatullah. Tergamam sebentar mendengar berita itu. Memang mengejutkan. Namun ku pasrah atas segala ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, tempatkannya ditempat yang mulia, tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hambaMu"

Semoga roh 'che' dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.

AL-FATIHAH




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...