Pages

Monday 21 November 2011

Syabas Skuad Bola Sepak Negara

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia sekaligus menambah pingat untuk skuad negara.

Perlawanan yang begitu sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertungkus lumus untuk mencari gol kemenangan. Pasukan Indonesia berjaya mendapatkan jaringan terlebih dahulu sebelum pemain Harimau Muda, Asrarudin mengikat jaringan menjadikan kedudukan 1-1 sehingga ke akhir perlawanan.

Perlawanan semakin sengit setelah memasuki masa tambahan. Kedudukan seri 1-1 sehingga akhir masa tambahan mengheret kedua-dua pasukan menentukan kemenangan melalui sepakan penalti. Dan akhirnya kemenangan milik pasukan Malaysia setelah menewaskan Indonesia 4-3 dalam penetuan sepakan penalti.

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan. Semoga skuad bola sepak negara terus cemerlang.


Saturday 19 November 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda

Golll...!!!

Jaringan tunggal Fakri Saarani lewat minit ke-85 ketika skuad Harimau Muda menentang Myanmar melayakkan Malaysia mara ke pusingan akhir bola sepak SEA GAMES kali ini. Jelas terpancar kegembiraan jurulatih skuad Harimau Malaya melihat anak buahnya berjaya menumpaskan Myanmar. Skuad Malaysia bakal berdepan dengan skuad Indonesia ataupun Vietnam pada pusingan akhir nanti akan diketahui malam ini. 

Semoga skuad negara berjaya mendapatkan satu lagi pingat emas untuk Malaysia menerusi bola sepak sekaligus melonjakkan nama skuad bola sepak negara sebagai Jaguh ASEAN.

Tahniah diucapkan buat skuad Harimau Muda. Semoga terus sukses.


Tuesday 8 November 2011

Sultan Sembelih Lembu Korban



KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, semalam.


Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V yang berkemeja dan bertopi merah turut menyembelih seekor dari 42 lembu dan kerbau yang disediakan dalam majlis itu.


Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata, dalam majlis itu Tuanku Sultan turut menyumbangkan seekor lembu dan kerbau sebagai hadiah.


Selain itu katanya, pelbagai agensi termasuk jabatan awam dan swasta termasuk Syarikat Telekomunikasi tempatan, Hotlink turut menyumbangkan beberapa ekor lembu untuk dikorbankan dalam majlis tersebut.


“Pembahagian daging itu diagihkan kepada golongan miskin di kompleks ini sendiri selain beberapa tempat termasuk di Masjid Muhammadi serta Masjid Mukim Panji,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.


Beliau berkata, acara terbabit merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan di jajahan tersebut.


Turut hadir, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd. Rahman serta Ketua Wilayah Pantau Timur Maxis Berhad , Mazlan Mokhtar.


Dalam pada itu rata-rata pengunjung yang memenuhi perkarangan kompleks Islam tersebut teruja untuk melihat sendiri Tuanku Sultan yang berkebolehan untuk menyembelih.

Seorang pengunjung, Mohammad Syamsul Anuar Isma 32, berkata, dia kagum Sultan yang mampu menyembelih haiwan yang diketahui bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Saya sangat kagum dengan kebolehan tuanku, ini anugerah yang diberikan ALLAH SWT untuk rakyat,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...