Pages

Saturday, 12 February 2011

Salam Maulidurrasul



Ya Rasulullah..
Hidupmu memberi rahmah bimbingan
Menerangi gelapnya kehidupan
Dari wahyu pertama bertamu
Hinggalah ke akhir perjalanan waktu
Justeru itulah perjalanan takdir
Yang bermula pasti berakhir
Dan akhirnya dikau pergi jua
Menemui CINTA Maha Pencipta.


Omar Suleiman umumkan Hosni letak jawatan

Thursday, 10 February 2011

DELETE 14 FEBRUARI DALAM KALENDAR MINDA KITA !!



Sekadar perkongsian. Sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Fikir dengan iman yang berbaki dan jangan dengan hawa nafsu yang sedang merajai. [Sharing is caring...=) ]

DELETE 14 FEBRUARI DALAM KALENDAR MINDA KITA

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.


Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikannya.


MENYIMPANG

Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.


Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.


ASAL-USUL HARI KEKASIH

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.


Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.


Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya. Allah SWT telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.


Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.


Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.


Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.


Monday, 31 January 2011

Syeikh Qaradhawi Minta Mubarak Undur

Syeikh Yusuf al-Qaradawi (gambar), meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.


Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.


Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wang berbilion-bilion. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak". Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."


Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "


Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.



Rakyat dan Tentera


Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.


Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN. Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."


Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.


Sumber: al-Jazeera.

http://www.aljazeera.net/NR/exeres/082094F5-1D75-4E96-99A5-671AD3180A51.htm


Sekitar kejadian di Mesir :







Thursday, 27 January 2011

Antara Kelucuan dan Kebenaran


Lucu ya..

Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya..

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya..

Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya..

Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang,
tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya..

Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya..

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya..

Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak,
dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya..

Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya..

Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya..

Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya..

Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikir dua kali.

Lucu ya..sama-sama renungkan..


Friday, 7 January 2011

Hiasan Duniawi


Wanita digelar penyeri dunia dan hadirnya melengkap hubungan manusia. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan jiwa lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan teman pendamping diri iaitu Siti Hawa. Wanitalah yang dipanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, sukar meluruskan mereka. Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Luruskanlah mereka mengikut panduan dariNya.


Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, bimbang mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, khuatir nanti mereka akan binasa. Akal setipis rambut, tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Jiwa selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal kerana Dialah pencipta wanita. Hanyalah Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.


Tercipta dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat juga dengan hati untuk dikasihi.


Suburkanlah hati mereka dengan keimanan kerana disitulah titik tolak untuk mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara. Kelembutan bukan suatu kelemahan. Bukan jua diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah hiasan mereka, dan bukti kasih sayang Tuhan terhadap mereka. Sesunggunya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyanyang. Tidak akan lahir seorang lelaki hebat tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang presiden negara tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang jutawan tanpa wanita. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.


Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Waimma sebodoh-bodoh wanita mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki.


Itulah natijahnya apabila wanita tidak kenal pencipta mereka. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Apabila patahnya tulang rusuk, rosaklah jantung, hati dan limpa.


Buat lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu menuju redha Ilahi. Abadikanlah diri kepada Yang Esa, nescaya akan mudahlah segala urusan dibawah pimpinan kita.



Monday, 27 December 2010

Ambillah Iktibar Sejarah Terdahulu


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu video pengakuan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘gay’. Video I’m gay I’m ok itu seolah-olah ingin memutar-belitkan pemikiran masyarakat. Dengan kata-kata tagihan simpati agar masyarakat memahami golongan mereka mendapat jutaan cemuhan daripada orang ramai. Dia seperti sudah hilang malu. Ingin masyarakat memahami diri mereka sedangkan mereka sendiri tidak memahami diri sendiri. Adakah amalan yang betul-betul songsang dengan fitrah manusia itu dikatakan ‘masuk’ dengan jiwa mereka? Alangkah bodohnya mereka.

Manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi. Dan salah satu fitrah semulajadi itu adalah lelaki berkehendakkan kepada pasangannya iaitu wanita dan sebaliknya. Jika manusia melawan fitrah semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, maka nantikanlah azab dariNya.

Di dalam Al-Quran telah dirakamkan sejarah umat terdahulu. Antara sejarahnya adalah kaum Nabi Luth yang mengamalkan amalan homoseksual. Perlakuan ‘gay’ yang telah diamalkan oleh kaum Nabi Luth dahulu telah mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Walaupun telah diutuskan seorang nabi untuk mengajak meraka kembali kepada fitrah, namun mereka masih melawan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT. Nah, satu azab yang dahsyat telah Allah timpakan ke atas mereka. Bumi telah diterbalikkan dan ditelingkupkan ke atas golongan yang ingkar ini.


Ayat ke-82, surah Hud memperlihatkan secara jelas azab yang menimpa kaum Nabi Luth :

فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.


Allahuakbar !!


Kesan azab Allah SWT masih boleh dilihat pada hari ini. Laut Mati, Jordan merupakan kawasan peninggalan kaum songsang yang telah diazab. Banyak peninggalan Nabi Luth yang masih kekal, antaranya ialah runtuhan kota, artifak-artifak lama dan sebagainya. Hari ini, ramai pelancong melawat kawasan tersebut tetapi sejarah dan pengiktibara berkenaan tempat tersebut tidak diambil tahu.


'kesan azab Allah, semoga dapat mengambil iktibar'


Justeru, penting bagi kita mempelajari sejarah-sejarah umat terdahulu dan memahami apa yang telah Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran agar kehidupan yang sedang kita lalui berada di landasan yang betul. Jangan sampai hidup kita dimurkai Allah.


Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk membawa manusia ke landasan yang diredhaiMu. Bukalah pintu hati kami dan pintu hati masyarakat yang bakal kami depani Ya Allah..limpahilah rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami Ya Allah.. Ya Rahman..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...