Pages

Friday 19 February 2010

PERTANDINGAN RUMAH CONTOH..!!!!

Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) PERMATA 09/10 akan mengadakan satu pertandingan yang berkaitan dengan kebersihan iaitu 'Pertandingan Rumah Contoh' yang akan melibatkan semua mahasiswa Malaysia Mu'tah. Ini bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.

Pertandingan Rumah Contoh pada kali ini bertemakan “Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”.

Objektif pertandingan ini diadakan antaranya adalah :

1.Menanam sifat cintakan kebersihan dikalangan mahasiswa

2.Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli rumah masing-masing melalui amalan bergotong-royong membersihkan rumah

3.Menyemai semangat persaingan sihat dikalangan mahasiswa Malaysia di Mu'tah

Waktu : -Awal fasal thani

-akhir Fasal thani (1 April – 14 April 2010)

~Harap semua sentiasa bersedia...kerana pihak kami akan datang bila-bila masa sahaja...TUNGGU,RUMAH ANDA AKAN KAMI TERJAH...

Dilampirkan juga skema pemarkahan yang dititikberatkan semasa sesi TERJAHAN dibuat:

SKEMA PEMARKAHAN

1) Aspek yang dititikberatkan:

a. keceriaan dan kreativiti

b. kebersihan dan kekemasan

2) Tempat yang akan dinilai:

a. tandas -20%

b. ruang tamu -10%

c. bilik -50%

d. dapur -20%

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1.Terbuka kepada semua rumah di Mu'tah.Terbahagi kepada 3 kategori iaitu

a) bayt syabab

b) bayt akhawat

c) bayt mutazawwij & adi-beradik

2.Andai kata tidak ada tuan rumah semasa sesi TERJAH dijalankan, maka secara automatiknya rumah tersebut tidak akan dinilai.

3.Sesi TERJAHAN daripada pihak pengurusan pertandingan akan diadakan sepanjang fasal thani sebanyak dua kali.

*Penting

-Disamping para juri, rumah anda juga akan diserbu oleh photographer-photographer kami. Oleh itu, anda semua haruslah bersedia dan gambar yang kami perolehi akan ditayangkan dalam slideshow.

“Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”

~ Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan ~

1 comment:

  1. kemas ust pi kita..sahabat2 sume kita sama2 hiaskn umah kita smpena prtndingn ni n kena la berterusan utk selama2..kebersihan itu yg Islam ajar,ya hala'..persekitaran bersih udara nyaman, blaja pun selesa..tahniah ust pi selaku pengarah kita!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...