Sesudah masuknya waktu maghrib pada petang tadi (waktu di Jordan),maka menjelmalah tarikh 12 Rabiulawal iaitu tarikh keramat bagi umat Islam seluruh dunia. Tarikh lahirnya seorang insan agung yang membawa seribu rahmat kepada kita semua iaitu Muhammad S.A.W.
Setelah selesai menunaikan solat maghrib, bersempena dengan kedatangan maulid nabi,aku teringat satu lagu yang pernah ku hafal pada usia seawal 5 tahun. Ketika itu aku berada di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) iaitu sebuah pusat pendidikan peringkat pra-sekolah. Antara bait-bait lagu itu ialah “ 12 Rabiul Awal tahun gajah, Hari Isnin Nabi dilahirkan di Kota Mekah yang penuh Bersejarah..nabi kita Nabi Muhammad, Ibunya bernama Siti Aminah, ayah nabi bernama Abdullah, datuknya pula Abdul Mutalib..Bapa saudaranya Abu Talib, Ibu susunya Halimah Sa’diah, wanita solehah di kasihi Allah”.
Seingat aku, selain lagu di atas, banyak lagi lagu-lagu yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W seperti lagu atau nasyid yang berkaitan dengan anak-anak nabi, sifat-sifat nabi dan sebagainya. Tujuan utamanya adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenal Nabi S.A.W dan menyemaikan sifat cintakan Nabi S.A.W bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Jelasnya di sini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui dan memahami sirah Nabi S.A.W sehinggakan kanak-kanak yang berumur seawal 5 tahun pun telah didedahkan dengan sejarah hidup Rasulullah S.A.W.
“Apa kepentingan kita mempelajari sirah Nabi S.A.W..?” Masih terngiang-ngiang lagi soalan yang diutarakan oleh Dr. Ali Fawwaz kepada pelajar yang mengambil madah Sirah Nabawiyyah dengan beliau. Dengan menggunakan kitab Fiqh As-Sirah An-Nabawiyyah karangan Dr.Sa’id Ramadhan Al-Buty, beliau menghuraikan dengan terperinci tentang kepentingan mempelajari sirah Nabi S.A.W.
Antara ‘point’ yang dapat diambil ialah :
- Memahami peribadi      Nabi S.A.W menerusi perjalanan sepanjang hayat baginda.
- Supaya manusia      dapat mengikut contoh teladan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Andai      kata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal,      mereka akan dapati semuanya terkandung dalam kehidupan Nabi S.A.W
- Membantu manusia      memahami isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat Al-Quran yang      duhuraikan atau ditafsirkan melalui kejadian dan peristiwa dalam kehidupan      Rasulullah S.A.W.
- Membolehkan para      pendidik/ pendakwah mencontohi sistem pengajaran yang telah digunakan oleh      Nabi Muhammad S.A.W.
- Membantu umat      Islam mengetahui kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar, sama ada      pengetahuan yang berkaitan dengan aqidah, hukum hakam dalam Islam atau      tatasusilanya. Kehidupan Rasulullah S.A.W adalah satu gambaran yang jelas      bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
Oleh itu, bersempena dengan kedatangan Maulidurasul, marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di samping itu sama-sama kita memperkemaskan lagi pengetahuan kita tentang sirah-sirah nabi agar kita dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.
~Habibina Muhammad
~Sayyidina Muhammad
~Nabiyyuna Muhammad
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
    The Chosen One-Maher Zain
    In a time of darkness and greed
    It is your light that we need
    You came to teach us how to live
    محمد يا رسول الله
    You were so caring and kind
    your soul was full of light
    You are the best of mankind
    محمد خير خلق الله
    صلّوا على رسول الله
    الحبيب المصطفى
    Peace be upon The Messenger
    The Chosen One
    From luxury you turned away
    And all night you would pray
    Truthful in every word you say
    محمد يا رسول الله
    Your face was brighter than the sun
    Your beauty equaled by non
    You are Allah Chosen One
    محمد خير خلق الله
    صلّوا على رسول الله
    الحبيب المصطفى
    Peace be upon The Messenger
    The Chosen One
    I'll try to follow your way
    And do my best to live my life
    as you taught me
    I pray to be close to you
    On that day and see you smile
    When you see me
    صلّوا على رسول الله
    الحبيب المصطفى
    Peace be upon The Messenger
    The Chosen One
    صلّوا على رسول الله
    Oh
    Peace be upon.. Oh
    The Chosen One 
 
 
 
No comments:
Post a Comment