
Sunday, 26 June 2011
28 June - Amman > Kuala Lumpur

Sunday, 19 June 2011
Kerana Sehelai Bulu Mata
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke lembah dosa.
Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada . Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"

Makdudnya:“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
Wednesday, 1 June 2011
ADA APA DENGAN 21 OGOS ??

ADAKAH MICHAEL ROHAN BERTINDAK BERSENDIRIAN?
APAKAH KESAN PEMBAKARAN TERSEBUT?
- Sebahagian besar Masjid Al-Aqsa      mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi      sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1,500 meter      persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid.
 
- Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus.
 
- Turut musnah dalam kejadian      tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta      tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat Al-Quran.
APAKAH PERANAN O.I.C? 

TELAH BERAKHIRKAH ANCAMAN TERHADAP AL-AQSA?
- 27 Januari 1982, sekelompok      Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali      lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
 
- 14 Januari 1989, beberapa orang      anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan      kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab      suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
 
- 28 September 2000, PM Israel      Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari      Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke      dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak      bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan      tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan      tercetusnya Intifada Al-Aqsa.
- Menghalang umat Islam dari      menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
 
- Menghalang usaha membaik-pulih      Masjid al-Aqsa yang rosak
 
- Merampas Tembok Buraq yang      merupakan sebahagian dari al-Aqsa
 
- Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
 
- Siri Pengeboman secara      terancang ke atas Masjid al-Aqsa
 
- Siri Pembunuhan umat Islam di      Masjid al-Aqsa
 
- Penggalian terowong yang besar      lagi panjang di bawah masjid ini
 
- Mengubah identiti Islam dan      Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
 
- Pembinaan Sinagog Hover      bersebelahan dengan al-Aqsa dll
 
  - Bermula dengan diri kita dengan      mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
 
- Didiklah keluarga dan      masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam, termasuk      dengan apa yang berlaku di Palestin dan Al-Aqsa, serta menyebarkan      kesedaran tentang status sebenar Al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua      cara.
 
- Menganjurkan program berkaitan      dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj ataupun      pada Hari Al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid,      sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta      melibatkan pihak media.
 
- Memberikan sumbangan kewangan      kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
 
- Menyokong seruan pemboikotan      ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
 
- Melibatkan golongan bukan Islam      dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan.      Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar,      kemanusiaan dan keadilan sejagat.
 
- Melonjakkan isu ini ke persada      internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang      menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
 
- Berdoa kepada Allah (swt) agar      Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya      sentiasa terpeilhara.
Perunding Aman Palestin
 
 
 
