Pages

Sunday 19 June 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. Saya tidak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke lembah dosa.

Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada . Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yangg memandang perkara yang haram,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yangg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yangg mencium"

Bibir pun mengaku sama, "Saya yang merayu"

Lidah menambah, "Saya yang menuturkan kata-kata kesat dan keji"

Tangan meneruskan, "Saya melakukannya tanpa segan silu "

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari ke tempat yang tidak sepatutnya"


"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan-perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat menyanggah lagi. Dia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi dia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi..

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulNya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

Firman Allah Taala:

Makdudnya:“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH SWT AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT…~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...