Pages

Tuesday 27 July 2010

Nasionalisme

Hari ini aku menggeledah hard disc komputer yang hampir penuh. Apa yang kurang penting aku delete. Semua folder dibuka, dan aku menjumpai satu video kuliyah agama yang menarik perhatianku. Kuliyah Jumaat yang disampaikan oleh YAB TG Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. Aku fikir kuliyah yang bertajuk Nasionalisme ini sangat penting untuk dikongsi lantaran zaman sekarang, manusia terlalu mengagungkan bangsa masing-masing sehinggakan agama diketepikan.

Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat input yang diperolehi daripada video tersebut....


Nasionalisme merupakan satu fahaman barat yang disuntik ke dalam jiwa orang Islam oleh penjajah untuk memesongkan serta memusnahkan umat Islam. Apabila umat Islam telah terpengaruh dengan fahaman ini, semangat kebangsaan akan menguasai jiwa-jiwa mereka. Umat Islam akan sayangkan bangsa masing-masing melebihi agama mereka.


Musuh Islam telah berjaya memecahbelahkan Islam melalui sistem politik dengan menerapkan nilai-nilai nasionalisme ke dalam pentadbiran Islam. Mereka dipisahkan antara satu sama lain dengan bangsa masing-masing dan sempadan negeri masing-masing sehinggakan orang Islam bukan berbangsa Turki menolong musuh menjatuhkan sistem khilafah Islamiyyah di Turki manakala orang Islam berbangsa Turki memandang rendah kepada orang Islam yang berbangsa lain. Hal ini telah memberikan kejayaan yang besar kepada musuh-musuh Islam.


Sebelum jatuhnya sistem khilafah, Turki menjadi benteng pertahanan kepada negara-negara lain daripada serangan kuasa barat lantaran jalan penghubung laut dan darat semuanya dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.


Musuh Islam pada awalnya berusaha meruntuhkan Islam melalui pecahan mazhab seperti Syiah Imamiyyah di Iran, Syiah Zaidiyyah di Yaman dan sebagainya. Mereka mendapat sokongan daripada barat untuk menentang kerajaan Uthmaniyyah tetapi tidak mendatangkan hasil. Hal ini kerana semangat Islam dalam jiwa mereka masih kukuh pada waktu itu. Di Iraq, pengikut-pengikut sunni berkahwin dengan pengikut-pengikut syiah manakala di Yaman, ulama’-ulama’ Zaidiyyah menulis kitab dan menjadi rujukan ulama’ sunni.


Akhirnya, musuh-musuh Islam meniupkan api perkauman dan semangat kebangsaan di kalangan umat Islam. Orang Islam Turki merendahkan orang Islam Arab dan orang Islam Arab menganggap orang Turki sebagai penjajah. Keadaan ini berlarutan sehingga semangat kebangsaan semakin menebal dalam jiwa masing-masing.


Dalam kekalutan umat Islam waktu itu, terdapat satu gerakan Islam yang cuba mengubati penyakit umat Islam akibat diserang virus nasionalisme. Sheikh Jamaluddin al-Afghani merupakan salah seorang individu yang aktif menentang fahaman penjajah ini. Beliau sangat cekap berpidato, fasih berbahasa arab. Beliau banyak merantau bagi mengembangkan syiar Islam dan pernah dibuang negeri ke Perancis akibat tindakan beliau yang kuat menentang penjajah.


Sewaktu berada di Mesir, Sheikh Jamaluddin al-Afghani berjaya melahirkan ramai pelapis dakwah antaranya ialah Sheikh Muhamad Abduh, Sheikh Rashid Ridha dan ramai lagi. Di sana, beliau menubuhkan satu jemaah bernama al-Urwatul Wusqa bertujuan menyebarkan dakwah islamiyyah kepada masyarakat. Jemaah ini juga mengeluarkan akhbar-akhbar Islam dan diedarkan kepada orang ramai. Akhirnya kumpulan ini diharamkan oleh penjajah.


Sheikh Jamaluddin al-Afhgani berhijrah ke Turki dan berjaya membina hubungan baik dengan Sultan Abdul Hamid iaitu sultan terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah. Beliau telah menubuhkn satu program iaitu al-Jamiatulislamiyyah untuk menyebarkan ilmu dan merancang untuk membina landasan keretapi daripada Turki ke Tanah Haram,Mekah bagi memudahkan umat Islam di Turki menunaikan ibadah haji. Rancangan beliau berjaya dengan sumbangan dan derma orang ramai.


Kejayaan Sheikh Jamaluddin mendatangkan rasa tidak senang di kalangan penjajah. Mereka menghantar seorang perisik, Lorens yang boleh bertutur dalam bahasa arab. Perisik itu berjaya menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja arab dan menghasut mereka supaya memerangi bangsa Turki. Senjata-senjata api diseludup kepada pemberontak untuk menghuru-harakan masyarakat. Kesannya landasan keretapi yang dibina oleh Sheikh Jamaluddin al-Afghani berjaya diletupkan.


Tidak lama selepas itu satu peperangan dahsyat, Perang Dunia Pertama tercetus. Turki terpaksa bergabung dengan Jerman dan beberapa lagi negara eropah untuk berdepan dengan kuasa-kuasa besar barat. Namun Jerman bertindak melawan Turki secara senyap untuk menjatuhkan sistem khilafah dengan menonjolkan seorang pemimpin berfahaman nasionalisme iaitu Mustafa Kamal Atartuk. Dalam Perang Dunia Pertama, Turki berjaya menewaskan Rusia tetapi tidak berjaya memenangi hati-hati orang arab. Pemberontakan oleh bangsa Arab berterusan.


Kemunculan Mustafa Kamal Atartuk mendatangkan impak negetif yang besar kepada sistem Khilafah Islamiyyah. Kerajaan Turki Uthmaniyyah berjaya digulingkan dengan cara penyebaran fahaman nasionalisme ke seluruh rakyat Turki. Rentetan peristiwa ini, penjajah berjaya menguasai Tanah Arab dan seterusnya memecahkannya kepada bahagian-bahagian yang kecil. Akhirnya terbentuklah negeri-negeri kecil Tanah Arab yang ada sekarang seperti Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, Kuwait, Dubai dan sebagainya.

Orang Islam waktu itu sangat gembira kerana bangsa mereka sendiri yang menjadi raja di negara masing-masing. Akan tetapi, penjajah Inggeris yang mengawal semua pergerakan pentadbiran. Mereka hanya diberi jawatan bukannya kemerdekaan. Walaupun negara umat Islam semakin lumpuh, anak-anak murid Sheikh Jamaluddin al-Afghani tetap bergerak menyebarkan dakwah Islam agar sistem Khilafah Islamiyyah dapat dikembalikan.


Melalui saluran pendidikan, penjajah menghidupkan kembali sejarah barat dan sejarah orang kafir sekaligus menenggelamkn sejarah Islam n kegemilangannya. Sejarah-sejarah purba digembur kembali seperti sejarah Firaun di Mesir, sejarah Majusi di Iran, sejarah Hindu dan Budha di India dan Tanah Melayu. Semuanya adalah sejarah-sejarah orang yang mengingkari Allah S.W.T dan mendustakan utusanNya. Projek-projek arkeologi dan cari gali dibiyai dan diperhebatkan untuk menghidupkn kembali sejarah purba agar boleh dipuja n dibanggakan ke seluruh antero dunia. Hal ini hanyalah untuk menutup sejarah kegemilangan Islam suatu ketika dahulu.


Persoalannya kenapa projek-projek seperti itu banyak dijalankan di negara umat Islam. Mungkin ada yang menyangka kerana di negara-negara Islam kaya dengan sejarah tamadun terdahulu, namun sebaliknya bertujuan memesongkn umat Islam daripada tamadun kegemilangan islam.


Orang Islam didoktrinkan bahawa dengan mendalami agama tidak akan membawa kemajuan. Kejayaan dan kemajuan hanyalah boleh dicapai dengan mengikut cara barat. Silibus-silibus pembelajaran di sekolah-sekolah disusun mengikut sistem yang telah disediakan oleh barat. Sejarah Islam yang diajar di sekolah tidak mendalam, tetapi lebih menceritakan tentang pejuang-pejuang serta orang yang membawa kemajuan di barat. Sejarah-sejarah pejuang Islam jauh sekali. Sukatan pengajian agama hanyalah berkisar tentang ibadat dan tidak lebih daripada itu. Silibus yang berkaitan semangat pejuangan Islam disekat dan tidak dimasukkan dalam sukatan pembelajaran di sekolah-sekolah.


Begitulah bahayanya fahaman nasionalisme sehinggakan umat Islam lebih sayangkan bangsa daripada agama sendiri sedangkan Islamlah yang menjadi penyelamat dan bukannya bangsa. Mereka sanggup menggadaikan agama demi memperjuangkan bangsa. Kalau sayangkan bangsa, paculah bangsa selari dengan landasan Islam barulah selamat dunia dan juga akhirat.


Monday 19 July 2010

Al-Masuniyyah

Freemason atau dalam bahasa arabnya , Al-Masuniyyah yang bermakna pembina-pembina rumah ibadat (Haikal Sulaiman) yang bebas. Ia merupakan satu pertubuhan rahsia yang ditaja oleh Yahudi untuk menguasai dunia. Gerakan sulit ini kononnya ditubuhkan untuk mengembalikan kerajaan dunia yang pernah diperintah oleh Bani Israel suatu ketika dahulu iaitu kerajaan Nabi Sulaiman. Oleh yang demikian mereka berusaha mencapai cita-cita khayalan mereka iaitu membina Haikal Sulaiman atau The Solomon Temple. Mereka menggunakan pelbagai taktik dan strategi kotor bagi mencapai matlamat utama mereka iaitu memerintah dunia walaupun ianya mengambil jangka masa yang panjang. Penubuhan Negara HARAM Israel adalah salah satu daripada langkah-langkah mereka.


Rahsia gerakan Freemason ini pernah didedahkan oleh seorang jeneral tentera kerajaan Turki Uthmaniyyah, Jeneral Athal Khan. Beliau telah berjaya menangkap seorang perisik Yahudi dan dapat membongkar rahsia gerakan sulit ini. Selain itu, rahsia pertubuhan tajaan Yahudi ini juga pernah didedahkan oleh seorang Pegawai Tentera Laut Amerika di dalam buku karyannya “Dunia adalah catur”. Namun tidak lama selepas pendedahan itu, dia ditembak mati oleh agen Freemason.


Sejarah Penubuhan :

Mengikut sesetegah pendapat, gerakan ini mula diasaskan secara tidak langsung oleh Raja Herodus Agripa (pemerintahan: Tahun ke-10 SM hingga Tahun 43M). Dia merupakan raja yang bertanggunjawab ke atas pembunuhan Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s serta cubaan membunuh Nabi Isa a.s tetapi tidak berjaya kerana Nabi Isa a.s diangkat ke langit oleh Allah SWT. Kemudian usaha jahat untuk memerintah dunia diwarisi oleh anak-cucunya.

Di antara pemimpin-pemimpin Freemasonary ialah Hiram Damuab Lamer, Meribu iaitu pemimpin revolusi Perancis, Karl Max iaitu penyebar ideology komunis, Jurji Zaidan ;seorang penganut Kristian berbangsa Arab Lubnan serta pernah menulis sejarah tentang Nabi Muhammad SAW dan sejarah Solahuddin Al-Ayyubi.


Dasar-Dasar Freemason :

* Mengingkari Allah, rasul-rasul ,kitab serta tidak mempercayai perkara-perkara ghaib. Melihat kepada dasar ini jelas membuktikan perjuangan mereka sebenarnya menentang apa yang dibawa oleh Nabi Sulaiman walaupun mereka mendakwa ingin menyambung perjuangan Nabi Sulaiman a.s.

* Berusaha menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak berjaya dikuasai mereka kecuali ketua negara tersebut menganggotai gerakan ini.

* Menggalakkan pergaulan seks, mengeksploitasi golongan wanita, meruntuhkan akhlak masayarakat dengan menonjolkan pelbagai unsur-unsur jahat dan keganansan melalui media massa serta mempengaruhi golongan belia dengan kegiatan sukan dan pelancongan.

* Mewujudkan jurang bangsa selain yahudi dengan menganggap bangsa selain yahudi bertaraf rendah. Mereka menyamakan bangsa-bangsa lain dengan binatang,tiada nilai.

* Mengeluarkan senjata api dan membekalkannya kepada pemberontak serta menimbulkan konflik-konflik antarabangsa yang boleh mencetuskan pergaduhan.

* Menggalakkan rasuah di kalangan orang astasan dan mempengaruhi kerajaan supaya menaungi segala aktiviti mereka.

* Menubuhkan organisasi yang mampu menarik gol atasan menyertainya seperti Lion Club, Rotary Club dan sebagainya.

* Melahirkn teori atau ideoloi yang menyesatkan seperti sekularisme, nasionalisme, Sosialisme dan sebagainya.

* Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar mengikut telunjuk mereka.


# sumber: Kuliyah Jumaat YAB TG Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...