Persoalan biasa
bagi bekas penuntut timur tengah yang menyambung MA di universiti tempatan.
Termasuklah aku. Konfius! Blur! Pening arr!
Graduan timur
tengah majoritinya tiada pendedahan tentang penulisan. Khususnya penulisan
dalam penyelidikan seperti artikel, proceeding, tesis dan sebagainya. Ini
merupakan faktor utama timbulnya persoalan di atas. Universiti di timur tengah
khususnya dalam bidang pengajian Islam tidak didedahkan dengan assignment sepertimana
di university tempatan. Bila balik Ma laysia, sambung master, berdepan dengan
assignment dan tesis, mulalah rasa kekok. Lebih-lebih lagi assignment dan tesis
perlu mengikut gaya-gaya dan format tersendiri. Macam aku di UKM. Gaya UKM.
Sebelum
mendaftarkan diri sebagai pelajar postgraduate di UKM, aku ada menghubungi
seorang pensyarah di UTM untuk bertanyakan persoalan berkaitan pengajian.
Soalan pertama yang ditanya oleh pensyarah terbabit: Degree dulu kt mana?
Jordan. Jawabku ringkas. Ok. Awak tak ada basic menulis kan? Sambung beliau
lagi. Tak ada. Baik, awak kena datang jumpa saya dahulu. Jangan daftar dulu. Kata beliau lagi. Berdasarkan
perbualan ini, dapat dilihat penekanan terhadap kemahiran menulis penting untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di samping menambahkan
ilmu melalui pembacaan dan sebagainya.
Hajat di hati
ingin sambung pengajian di UTM. Namun disebabkan ada sedikit kekangan, niat asal dibatalkan. Akhirnya UKM
yang menjadi pilihan. Salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia selain
UM, UTM, UPM dan USM.
Sekarang, aku sudahpun melangkah ke semester ketiga
pengajian. Fatrah menulis. Berbaki satu semeter lagi masa yang diperuntukkan
untuk aku selesaikan penulisan tesis. Memang mencabar. Tanpa pengalaman membuat
assignment beserta format dan gaya yang ditetapkan tentu sahaja memerlukan
kepada kerja keras. Perlu banyak bertanya dan berbincang dengan orang yang
lebih mahir berbanding kita. Persoalan macam mana ingin menulis dan apa yang
nak ditulis pasti memotivasikan diri kita untuk mencari jawapan kepada
persoalan tersebut.
Pernah terbaca post Dr.OT (2014) di FB beliau:
“Idea tnpa penulisan seperti tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat. Selepas beberapa lama idea mungkin hilang diganti idea lain yang juga akan hilang”
“Jangan tuggu idea perfect. Idea akan perfect bila bila kita mula menulis. Bila kita mula menulis kita akan mula berfikir... Bila berfikir, kita akan "dipaksa" berfikir lagi supaya idea untuk penulisan tersebut dapat dikembangkan lagi”
“Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea, bangun, buka computer dan menulis. Bukan tunggu magik!”
Betul. Sudah ramai yang memberi nasihat sedemukian rupa.
Hendak menulis kita perlu mula ‘menulis’. Pastikan pen sentiasa ditangan.
Datang idea terus catatkan.
Pernah juga pensyarah-pensyarah di sini bagi tips. Jika tida
pen hendak mencatat, mungkin sedang memandu atau sebaginya, rakam suara kita
melalui telefon. Idea yang datang pasti akan hilang dan diganti dengan idea
baru yang juga pasti akan hilang.
Antara nasihat lain yang diperolehi. Jangan fobia dengan gaya
dan format penulisan. Perkemaskan kemahiran teknikal dalam penulisan. Pentingnya
kemahiran tersebut bagi melayakkan kita untuk melangkah lebih jauh, menaiki
tangga yang lebih tinggi dalam bidang akademik.
Sekian.
musoza|bangi
25Nov2014
No comments:
Post a Comment