Pages

Monday 31 January 2011

Syeikh Qaradhawi Minta Mubarak Undur

Syeikh Yusuf al-Qaradawi (gambar), meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.


Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.


Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wang berbilion-bilion. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak". Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."


Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "


Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.



Rakyat dan Tentera


Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.


Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN. Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."


Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.


Sumber: al-Jazeera.

http://www.aljazeera.net/NR/exeres/082094F5-1D75-4E96-99A5-671AD3180A51.htm


Sekitar kejadian di Mesir :







Thursday 27 January 2011

Antara Kelucuan dan Kebenaran


Lucu ya..

Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya..

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya..

Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya..

Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang,
tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya..

Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya..

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya..

Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak,
dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya..

Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya..

Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya..

Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya..

Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikir dua kali.

Lucu ya..sama-sama renungkan..


Friday 7 January 2011

Hiasan Duniawi


Wanita digelar penyeri dunia dan hadirnya melengkap hubungan manusia. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran dan jiwa lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan teman pendamping diri iaitu Siti Hawa. Wanitalah yang dipanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, sukar meluruskan mereka. Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang diajarkan oleh Islam. Luruskanlah mereka mengikut panduan dariNya.


Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, bimbang mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, khuatir nanti mereka akan binasa. Akal setipis rambut, tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Jiwa selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah SWT, zat yang kekal kerana Dialah pencipta wanita. Hanyalah Dia yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui.


Tercipta dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat juga dengan hati untuk dikasihi.


Suburkanlah hati mereka dengan keimanan kerana disitulah titik tolak untuk mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara. Kelembutan bukan suatu kelemahan. Bukan jua diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah hiasan mereka, dan bukti kasih sayang Tuhan terhadap mereka. Sesunggunya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyanyang. Tidak akan lahir seorang lelaki hebat tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang presiden negara tanpa wanita. Tidak akan lahir seorang jutawan tanpa wanita. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula yang membengkokkan.


Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Waimma sebodoh-bodoh wanita mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki.


Itulah natijahnya apabila wanita tidak kenal pencipta mereka. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Apabila patahnya tulang rusuk, rosaklah jantung, hati dan limpa.


Buat lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu menuju redha Ilahi. Abadikanlah diri kepada Yang Esa, nescaya akan mudahlah segala urusan dibawah pimpinan kita.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...