Muktakhir ini,Jordan
semakin mendapat tempat bagi rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Tahun lepas,2012 menyaksikan peningkatan berkali
ganda bagi permohonan pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian dalam
program sarjana muda di Jordan. Tahun ini semestinya lagi ramai yang
ingin memohon lantaran pilihan utntuk melanjutkan pengajian ke tanah arab
semakin sedikit selepas berlaku pergolakan di Syria.
Disamping 'public
figure' di Malaysia yang mana latar belakang pengajiannya di Jordan semakin
ramai. Ini menjadi salah satu sumber inspirasi atau semangat untuk meneruskan
pengajian di sana. Tambahan pula mendapat sokongan serta dorongan yang jitu
daripada ibubapa supanya menyambung pengajian di bumi Anbiya itu.
Di sini sedikit
gambaran awal untuk pengajian di Jordan:
Pengajian Tinggi Di
Jordan Terdiri Daripada 3 Tahap:
§ Sarjana Muda
§ Sarjana ( Master )
§ Doktor Falsafah ( PhD)
Universiti di Jordan:
§ Jordan of Science And
Technology ( Mantiqah Irbid )
§ University of Yarmouk
( Mantiqah Irbid )
§ Jordan University (
Mantiqah Amman )
§ University of Mu’tah (
Mantiqah Mu’tah )
§ University of Al Bayt
( Mantiqah Mafraq )
Bidang Pengajian Yang
Ditawarkan:
Pengajian Sains (
hanya di Jordan of Science and Technology )
§ Perubatan / Pergigian
§ Fizik
Pengajian Syariah
Islam
§ Pengajian Bahasa Arab
§ Fiqh wa Usul
§ Usuluddin
§ Ekonomi dan Perbankan
Islam ( hanya di Universiti Yarmouk )
Website persatuan zon di Jordan:
- PRISMA
- PERMAI
- PERMATA
- PPMA
Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak, Selamat memohon diucapkan, semoga segala impian dan cita-cita anda tercapai, insyaAllah.