25 Nov 2014. Last aku
menulis di blog ini. Lebih 2 tahun aku tidak mencoretkan sesuatu di laman ini,
hari ini terdetik untuk menulis semula. Fokus untuk menulis tesis. He he he.
Alhamdulillah |
Tanggal 1 Feb 2017 aku
berjaya menyiapkan pembetulan setelah viva Nov tahun lepas dan telah menghantar
dalam bentuk hardcover. Alhamdulillah. Sepanjang proses menyiapkan tesis
terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan. Wang! Tenaga! Masa bersama
keluarga! Tambahan pula, awal tahun 2015 aku berhijrah ke Muadzam Shah, Pahang dalam
urusan pekerjaan. Ulang-alik Muadzam Shah – UKM sudah sebati dalam diari
sepanjang 2 tahun yang lalu.
Berkat usaha, sokongan
keluarga, tunjuk ajar daripada para pensyarah serta kawan-kawan tesis berjaya
disiapkan. Setiap matlamat yang kita ingin capai, pasti ada cabarannya
tersendiri. Itu memang lumrah kehidupan. Apa jua cabaran yang mendatang, kita
perlu menghadapinya bukan lari daripadanya. Yang penting, tekadkan azam,
kuatkan usaha, pasakkan keyakinan dan tawakkal kita kepada Allah SWT.
Aku pernah kongsikan
coretan Dr.OT pada post sebelum ini:
“Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea, bangun, buka computer dan menulis. Bukan tunggu magik!
“Idea tnpa penulisan seperti tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat. Selepas beberapa lama idea mungkin hilang diganti idea lain yang juga akan hilang
“Jangan tuggu idea perfect. Idea akan perfect bila bila kita mula menulis. Bila kita mula menulis kita akan mula berfikir... Bila berfikir, kita akan "dipaksa" berfikir lagi supaya idea untuk penulisan tersebut dapat dikembangkan lagi”
Ini antara kata-kata
untuk menyedarkan kita supaya terus menulis. Sungguh! Kalau nak tunggu idea yang
betul-betul perfect datang bergolek, sampai bila-bila kita tidak akan mula
menulis.
Sepanjang fatrah menulis,
motivasi sangat penting! Carilah bahan bacaan yang boleh menyuntik semangat
kita, follow page-page yang membicarakan tentang penulisan, join
bengkel-bengkel pascasiswazah. Walau berbayar, tetapi tidak rugi. Sebab apa?
Supaya kita sentiasa berada dalam suasana dan lingkungan ‘orang menulis’.
Antara nasihat yang
pernah aku perolehi dalam tempoh menyiapkan tesis, juga pernah dikongsikan pada
entry yang lalu, jangan fobia dengan gaya dan format penulisan. Perkemaskan
kemahiran teknikal dalam penulisan. Pentingnya kemahiran tersebut bagi
melayakkan kita untuk melangkah lebih jauh, menaiki tangga yang lebih tinggi
dalam bidang akademik.
Sekian.
Musoza | Muadzam Shah
05Feb2017 | 4:22pm