Pages

Sunday, 5 February 2017

Menulis: Alhamdulillah Selesai

25 Nov 2014. Last aku menulis di blog ini. Lebih 2 tahun aku tidak mencoretkan sesuatu di laman ini, hari ini terdetik untuk menulis semula. Fokus untuk menulis tesis. He he he.

Alhamdulillah
Tanggal 1 Feb 2017 aku berjaya menyiapkan pembetulan setelah viva Nov tahun lepas dan telah menghantar dalam bentuk hardcover. Alhamdulillah. Sepanjang proses menyiapkan tesis terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan. Wang! Tenaga! Masa bersama keluarga! Tambahan pula, awal tahun 2015 aku berhijrah ke Muadzam Shah, Pahang dalam urusan pekerjaan. Ulang-alik Muadzam Shah – UKM sudah sebati dalam diari sepanjang 2 tahun yang lalu.

Berkat usaha, sokongan keluarga, tunjuk ajar daripada para pensyarah serta kawan-kawan tesis berjaya disiapkan. Setiap matlamat yang kita ingin capai, pasti ada cabarannya tersendiri. Itu memang lumrah kehidupan. Apa jua cabaran yang mendatang, kita perlu menghadapinya bukan lari daripadanya. Yang penting, tekadkan azam, kuatkan usaha, pasakkan keyakinan dan tawakkal kita kepada Allah SWT.

Aku pernah kongsikan coretan Dr.OT pada post sebelum ini:

“Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea, bangun, buka computer dan menulis. Bukan tunggu magik! 

“Idea tnpa penulisan seperti tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat. Selepas beberapa lama idea mungkin hilang diganti idea lain yang juga akan hilang 

“Jangan tuggu idea perfect. Idea akan perfect bila bila kita mula menulis. Bila kita mula menulis kita akan mula berfikir... Bila berfikir, kita akan "dipaksa" berfikir lagi supaya idea untuk penulisan tersebut dapat dikembangkan lagi” 

Ini antara kata-kata untuk menyedarkan kita supaya terus menulis. Sungguh! Kalau nak tunggu idea yang betul-betul perfect datang bergolek, sampai bila-bila kita tidak akan mula menulis.

Sepanjang fatrah menulis, motivasi sangat penting! Carilah bahan bacaan yang boleh menyuntik semangat kita, follow page-page yang membicarakan tentang penulisan, join bengkel-bengkel pascasiswazah. Walau berbayar, tetapi tidak rugi. Sebab apa? Supaya kita sentiasa berada dalam suasana dan lingkungan ‘orang menulis’.

Antara nasihat yang pernah aku perolehi dalam tempoh menyiapkan tesis, juga pernah dikongsikan pada entry yang lalu, jangan fobia dengan gaya dan format penulisan. Perkemaskan kemahiran teknikal dalam penulisan. Pentingnya kemahiran tersebut bagi melayakkan kita untuk melangkah lebih jauh, menaiki tangga yang lebih tinggi dalam bidang akademik.

Sekian.

Musoza | Muadzam Shah

05Feb2017 | 4:22pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...