MANUSIA.... sebaik-baik ciptaan yang telah Allah jadikan untuk mendiami muka bumi ini sepertimana firman-Nya dalam surah At-Tin yang bermaksud :
"Dan telah Allah jadikan manusia tu dengan sebaik-baik kejadian.."
Sudah menjadi fitrah manusia berhajatkan kepada sesuatu dan mereka akan bergantung penuh kepada sesiapa yang dapat menunaikan hajat mereka. Dan semestinya kepada Allah S.W.T sahaja yang berhak mereka memohon. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang mampu menunaikan hajat atau permintaan hamba-hambaNya. Allah Maha Mendengar... Allah Maha Mengetahui... Allah Maha Pemberi segala apa yang dihajatkan.
Ada satu cerita ringkas yang ingin dikongsikan bersama, walaupun cerita ini ringkas namun makna dan pengajarannya cukup mendalam...
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikannya bunga dan rama-rama. Tetapi Allah mengurniakannya sebatang pokok kaktus dan seekor ulat. Lelaki tadi bersedih. Dia tidak faham kenapa pemberian-Nya tidak sama dengan permintaannya. Kemudian dia terfikir : Allah ada ramai ummat yang hendak diuruskan dan dia mengambil keputusan untuk tidak mempersoalkannya. Selepas beberapa tempoh berlalu, lelaki tadi memikirkan semula permohonan doa yang telah lama dilupakannya. Dia terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh berduri itu tumbuh bunga yang sedang mekar dan daripada seekor ulat yang berselindung menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik. Selepas daripada itu barulah dia percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa melakukan perkara yang betul.
Apa yang kita pinta tidak semestinya yang terbaik....
Apa yang kita pohon tidak semestinya apa yang diperlukan...
Allah S.W.T tidak akan menghampakan permintaan hamba-hambaNya. Cuma tempoh masa untuk Allah memakbulkan doa hamba-hambaNya yang berbeza. Ada orang yang dimakbulkan doanya selepas sahaja dia bermunajat kepada Allah. Ada orang yang dimakbulkan doanya selepas satu tempoh yang lama. Dan ada orang yang tidak dimakbulkan doanya oleh Allah di dunia tetapi memperolehinya di akhirat kelak. Semuanya tersimpan seribu satu hikmah. Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui. Janganlah kita cepat mengeluh dan jangan cepat berputus asa dalam berdoa kepada Allah S.W.T.
~DURI hari ini adalah BUNGA hari esok......~
إسـتمرار في الجهد سـيحصل النجاح..الدعاء و التوكل سـلاح الكفاه
No comments:
Post a Comment