Pages

Tuesday 16 March 2010

~PALESTINA~

"Palestine, tomorrow will be free....Palestine, tomorrow will be free....~"

Kedengaran lagu Palestine Will be Free dendangan Maher Zain berkumandang di segenap ruang rumah 'Baitulmal'...dek kerana Moja (housemate aku) memasang lagu tersebut dengan kuat. Sudah sebulan lagu-lagu Maher Zain diulang-ulang sehinggakan kami yang serumah dengannya 'masyi' dengan lagu-lagu tersebut. Minat bebenor Moja dengan Maher Zain ni.

Semua lagu-lagu Maher Zain mempunyai makna yang cukup mendalam. Antaranya ialah lagu ‘Palestine Will be Free’. Jika dihayati, lagu ini mengajak kita menyelami kehidupan saudara se- Islam kita di Palestin. Bagaimana mereka menempuh kehidupan yang dipenuhi dengan ranjau berduri. Bagaimana mereka terpaksa berhadapan dengan tentera zionis laknatullah setiap hari. Tiada tempat untuk mereka bersembunyi. Hidup mereka bagaikan di dalam penjara. Terpisah dengan dunia luar. Dihina, diseksa, dicela adalah perkara biasa. Bagi mereka kehidupan adalah satu penyeksaan. Sudah pastinya kehidupan mereka jauh lebih susah berbanding dengan mereka yang berada di luar tanah suci Palestin. Akan tetapi, dengan kecekalan, ketabahan dan semangat yang membara, mereka sanggup mengharungi segala cabaran serta dugaan walaupun ianya perit bahkan lebih perit daripada apa yang kita sangkakan demi agama Islam tercinta. InsyaAllah, ganjaran yang sangat besar menanti mereka di Akhirat kelak.

Namun, adakah dengan hanya menghayati lagu-lagu Palestin boleh membantu saudara-saudara kita di sana. Sudah tentu jawapannya tidak. Tetapi ia adalah satu usaha kita untuk terus mengingati mereka dan lebih baik daripada orang yang langsung tidak mengambil peduli tentang Palestin.

Adakah kita sedar setiap hari yang berlalu, Masjid Al-Aqsa yang merupakan jantung kepada umat Islam seluruh dunia kian terancam. Bila-bila masa sahaja masjid tersebut boleh runtuh disebabkan terowang-terowong yang dibina di bawah Masjid Al-Aqsa. Terowong-terowong ini juga merupakan salah satu daripada agenda yahudi untuk merampas Masjid Al-Aqsa. Puak-puak Yahudi mendakwa di situlah terletaknya Haikal Sulaiman (The Solomon Temple) dan mereka sedang giat menghapuskan bukti-bukti dan sejarah-sejarah tinggalan umat Islam yang ada di situ. Satu penipuan yang jelas kebenarannya.



“Sesiapa yang menguasai Palestin, dialah menguasai dunia”. Salah satu kata-kata azimat yang pernah disuarakan oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan sekarang ianya telah pun menjadi kenyataan. Puak Yahudi telah berjaya membina negara haram Israel di tanah Palestin dan menjadi salah satu daripada negara-negara kuasa besar dunia. Sebelum ini sudah pun terbukti dengan penaklukan semula Baitul Maqdis oleh generasi Solahuddin Al-Ayyubi setelah 88 tahun dijajah dan pada waktu itu, Islam merupakan kuasa besar dunia. Sekarang, Palestine kembali dijajah…dimanakah ‘Solahuddin Al-Ayyubi’? Dimanakah ‘Imanuddin Zenki’? Dimana…………..'

“Moja..dah sebulan ko asyik pasang lagu Maher Zain tu je….” Syuk bersuara secara tiba-tiba membuatkan kotak fikiranku berhenti daripada mengimbau sejarah Palestin. Mungkin seminar RAPS (Kursus Penggarapan Al-Aqsa) yang ku hadiri 3 hari yang lepas membuatkan aku lebih mengetahui dan lebih cakna terhadap Palestin. Tidak rugi sebenarnya menghadiri seminar seumpama itu walaupun terpaksa mengorbankan sedikit harta, masa serta tenaga. Selain daripada dapat menambahkan ilmu pengetahuan, seminar sebegitu juga merupakan salah satu sumbangan yang dapat kita berikan kepada rakyat Palestin. Ribuan terima kasih buat para pelaksana program.

~Ayuh sama-sama kita menyumbang….cakna, sokong, boikot, derma dan doa~


InsyaAllah..tomorrow..Palestine will be Free.





QUNUT NAZILAH


اللّهُمَّ إِنّا
نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ
الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي
وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك
، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ
وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ
فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِم

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ،
وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ
المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ
شَمْلَهُم
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ
بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم

بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

اللهم اُنْصُرِ
المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي
كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ
.. اللّهمّ
أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ
أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ
سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ
تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ
سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا
أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ
فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ
,
اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق

وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

AMEEEN.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...