Sunday, 26 June 2011
28 June - Amman > Kuala Lumpur
Sunday, 19 June 2011
Kerana Sehelai Bulu Mata
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke lembah dosa.
Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada . Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"
Makdudnya:“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
Wednesday, 1 June 2011
ADA APA DENGAN 21 OGOS ??
ADAKAH MICHAEL ROHAN BERTINDAK BERSENDIRIAN?
APAKAH KESAN PEMBAKARAN TERSEBUT?
- Sebahagian besar Masjid Al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid.
- Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus.
- Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat Al-Quran.
APAKAH PERANAN O.I.C?
TELAH BERAKHIRKAH ANCAMAN TERHADAP AL-AQSA?
- 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
- 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
- 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa.
- Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
- Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
- Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
- Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
- Siri Pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
- Siri Pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
- Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
- Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
- Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll
- Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
- Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam, termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan Al-Aqsa, serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar Al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
- Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj ataupun pada Hari Al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
- Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
- Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
- Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
- Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
- Berdoa kepada Allah (swt) agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Perunding Aman Palestin