Assalamualaikum wrt wbt...
Malam ni rasa nak menulis sesuatu. Sudah agak lama tidak mencoret sesuatu di sini bukan kerana kesuntukan masa, tapi dek kemalasan untuk meng'update'. Rata-rata sejak dua ke tiga hari ini laman maya tidak kira facebook, blog, twitter dan sebagainya memaparkan ucapan-ucapan sempena hari ibu. Hari untuk mengingati pengorbanan seorang ibu. Tarikh Hari Ibu berbeza mengikut negara masing-masing. Ada yang menyambutnya pada bulan Mei, bulan Mac dan ada juga pada bulan Disember. Masing-masing mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Namun, bagiku setiap hari merupakan hari untuk kita mengingati pengorbanan seorang ibu. Terlalu besar pengorbanan mereka dalam mendidik, membimbing, dan membesarkan kita sebagai seorang anak. Terlalu banyak ujian dan dugaannya. Sejak kita sebesar tapak tangan hinggalah menginjak dewasa. Bak kata pepatah 'bagai menatang minyak yang penuh'. Tidak kurang sedikitpun kasih sayang yang dicurahkan kepada kita.
Petang tadi aku sempat menziarahi seorang teman yang baru mendapat baby. Tahniat buat Syed Mazlan dan isteri. Sempat juga aku mendukung anak kecil tersebut. Sudah lama tidak mendukung baby. Agak kekok.
Terdetik dihati kecilku 'beginilah aku sewaktu kecil dahulu'. Didukung, dibawa kemana-mana, dijaga dengan rapi, dibelai, diusap hatta seekor nyamuk pun tidak mampu hinggap ke badan. Begitulah kasihnya seorang ibu.
اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا
Namun, hari ini, ramai yang tidak mempedulikan ibu mereka. Melayan ibu seperti orang gaji. Mereka sudah lupa pengorbanan seorang ibu. Bagi mereka, seorang ibu tua menjadi beban kepada mereka. Usahkan hendak menyapa dan bertanyakan khabar, tengok pun tidak mahu. Ya Allah, hindarilah aku daripada tergolong dalam golongan yang mengabaikan ibu-bapa mereka.
Ingatkah bahawa syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit sekali pun, tetapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita tiadalah maka tiadalah keberkatan hidup. Sayangilah ibu bapa kita selagimana kita masih berkesempatan berbuat demikian.
*********************
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
aeman-Buatmu Ibu
Selamat Hari Ibu buat Ibu-ibu di serata dunia dan khusus buat Ummiku yang berada di tanah air. I LOVE UMMI SO MUCH.
No comments:
Post a Comment