"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." [Aali ‘Imraan (3) : 185]
*******
moga aman dan bahagia che disana. |
"Along belajar elok-elok, jaga diri baik-baik ditempat orang". Pesan 'che'.
Itulah kali terakhir aku bersua muka dengan 'che' sebelum aku kembali meneruskan pengajian di bumi Jordan setelah lama bercuti di tanahair. 'Che' adalah panggilan aku dan adik beradik lain untuk nenek sebelah ibu.
Hubungan kami adik beradik dengan 'che' sangat rapat. Sejak umur setahun jagung hinggalah besar, kami adik beradik mendapat asuhan daripada 'che' disamping didikan daripada ibu-bapa kami.
Hari ini, aku mendapat panggilan telefon daripada ibuku. Panggilan untuk menyampaikan berita sedih. 'Che' telah kembali ke rahmatullah. Tergamam sebentar mendengar berita itu. Memang mengejutkan. Namun ku pasrah atas segala ketentuan Ilahi.
"Ya Allah, tempatkannya ditempat yang mulia, tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hambaMu"
Semoga roh 'che' dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.
AL-FATIHAH
Allahu Allah...takziah buat teman ana dan keluarga ust musoza...mudah2an almarhumah ditempatkan bersama mukmin wal mukminat di dunia sana...allahummargfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu anha...Allahumma aminn
ReplyDelete