Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuatminuman pisang susu campur madu .Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlumengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Saturday, 27 February 2010
Khasiat Pisang
Thursday, 25 February 2010
Salam Maulidur Rasul ~ Kepentingan Mempelajari Sirah
Sesudah masuknya waktu maghrib pada petang tadi (waktu di Jordan),maka menjelmalah tarikh 12 Rabiulawal iaitu tarikh keramat bagi umat Islam seluruh dunia. Tarikh lahirnya seorang insan agung yang membawa seribu rahmat kepada kita semua iaitu Muhammad S.A.W.
Setelah selesai menunaikan solat maghrib, bersempena dengan kedatangan maulid nabi,aku teringat satu lagu yang pernah ku hafal pada usia seawal 5 tahun. Ketika itu aku berada di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) iaitu sebuah pusat pendidikan peringkat pra-sekolah. Antara bait-bait lagu itu ialah “ 12 Rabiul Awal tahun gajah, Hari Isnin Nabi dilahirkan di Kota Mekah yang penuh Bersejarah..nabi kita Nabi Muhammad, Ibunya bernama Siti Aminah, ayah nabi bernama Abdullah, datuknya pula Abdul Mutalib..Bapa saudaranya Abu Talib, Ibu susunya Halimah Sa’diah, wanita solehah di kasihi Allah”.
Seingat aku, selain lagu di atas, banyak lagi lagu-lagu yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W seperti lagu atau nasyid yang berkaitan dengan anak-anak nabi, sifat-sifat nabi dan sebagainya. Tujuan utamanya adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenal Nabi S.A.W dan menyemaikan sifat cintakan Nabi S.A.W bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebung’. Jelasnya di sini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui dan memahami sirah Nabi S.A.W sehinggakan kanak-kanak yang berumur seawal 5 tahun pun telah didedahkan dengan sejarah hidup Rasulullah S.A.W.
“Apa kepentingan kita mempelajari sirah Nabi S.A.W..?” Masih terngiang-ngiang lagi soalan yang diutarakan oleh Dr. Ali Fawwaz kepada pelajar yang mengambil madah Sirah Nabawiyyah dengan beliau. Dengan menggunakan kitab Fiqh As-Sirah An-Nabawiyyah karangan Dr.Sa’id Ramadhan Al-Buty, beliau menghuraikan dengan terperinci tentang kepentingan mempelajari sirah Nabi S.A.W.
Antara ‘point’ yang dapat diambil ialah :
- Memahami peribadi Nabi S.A.W menerusi perjalanan sepanjang hayat baginda.
- Supaya manusia dapat mengikut contoh teladan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Andai kata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik yang bersifat universal, mereka akan dapati semuanya terkandung dalam kehidupan Nabi S.A.W
- Membantu manusia memahami isi kandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat Al-Quran yang duhuraikan atau ditafsirkan melalui kejadian dan peristiwa dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.
- Membolehkan para pendidik/ pendakwah mencontohi sistem pengajaran yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
- Membantu umat Islam mengetahui kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar, sama ada pengetahuan yang berkaitan dengan aqidah, hukum hakam dalam Islam atau tatasusilanya. Kehidupan Rasulullah S.A.W adalah satu gambaran yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.
Oleh itu, bersempena dengan kedatangan Maulidurasul, marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di samping itu sama-sama kita memperkemaskan lagi pengetahuan kita tentang sirah-sirah nabi agar kita dapat memahami Islam dengan lebih mendalam.
~Habibina Muhammad
~Sayyidina Muhammad
~Nabiyyuna Muhammad
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
The Chosen One-Maher Zain
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
Monday, 22 February 2010
Think Out of The Box
Sunday, 21 February 2010
Hari Pertama Fasal Kedua
Saturday, 20 February 2010
'JERUNG' KEHIDUPAN
Friday, 19 February 2010
PERTANDINGAN RUMAH CONTOH..!!!!
Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP) PERMATA 09/10 akan mengadakan satu pertandingan yang berkaitan dengan kebersihan iaitu 'Pertandingan Rumah Contoh' yang akan melibatkan semua mahasiswa Malaysia Mu'tah. Ini bagi menyahut sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.
Pertandingan Rumah Contoh pada kali ini bertemakan “Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”.
Objektif pertandingan ini diadakan antaranya adalah :
1.Menanam sifat cintakan kebersihan dikalangan mahasiswa
2.Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli rumah masing-masing melalui amalan bergotong-royong membersihkan rumah
3.Menyemai semangat persaingan sihat dikalangan mahasiswa Malaysia di Mu'tah
Waktu : -Awal fasal thani
-akhir Fasal thani (1 April – 14 April 2010)
~Harap semua sentiasa bersedia...kerana pihak kami akan datang bila-bila masa sahaja...TUNGGU,RUMAH ANDA AKAN KAMI TERJAH...
Dilampirkan juga skema pemarkahan yang dititikberatkan semasa sesi TERJAHAN dibuat:
SKEMA PEMARKAHAN
1) Aspek yang dititikberatkan:
a. keceriaan dan kreativiti
b. kebersihan dan kekemasan
2) Tempat yang akan dinilai:
a. tandas -20%
b. ruang tamu -10%
c. bilik -50%
d. dapur -20%
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1.Terbuka kepada semua rumah di Mu'tah.Terbahagi kepada 3 kategori iaitu
a) bayt syabab
b) bayt akhawat
c) bayt mutazawwij & adi-beradik
2.Andai kata tidak ada tuan rumah semasa sesi TERJAH dijalankan, maka secara automatiknya rumah tersebut tidak akan dinilai.
3.Sesi TERJAHAN daripada pihak pengurusan pertandingan akan diadakan sepanjang fasal thani sebanyak dua kali.
*Penting
-Disamping para juri, rumah anda juga akan diserbu oleh photographer-photographer kami. Oleh itu, anda semua haruslah bersedia dan gambar yang kami perolehi akan ditayangkan dalam slideshow.
“Rumah Ceria, Ibadah Sempurna, Hidup Terpelihara”
~ Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan ~