Pages

Saturday, 20 February 2010

'JERUNG' KEHIDUPAN



Ni nak bercerita skit ni..mungkin kisah ni pernah didengari, tapi xpe la...anggap sebagai ulangkaji je la yer...

"Masyarakat Jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran dengan pantai kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh iaitu kawasan perairan laut dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka membawa pulang hasil tangkapan mereka. Hal ini menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap menjadi kurang segar apabila sampai ke pelabuhan dan masyarakat jepun tidak sukakan ikan-ikan tersebut.

Oleh itu, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu berada di tengah laut. Kaedah ini membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh dan tinggal lebih lama di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, nelayan-nelayan di jepun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air. Dengan cara ini, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejukbekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.



Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil, maka ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar sesama sendiri dan menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi lemah dan akhirnyavmereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak menggemarinya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie……)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan??? Nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan nak tahu apa berlaku?
Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut..(soal hidup dan mati beb!.) Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar".

Citer da habis….Jadi apa pengajarannya……..??
Kita perlukan "jerung" di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih "hidup" , "segar" dan "enak". Jerung di dalam kehidupan boleh diibaratkan seperti dugaan, cabaran, tekanan dan liku-liku yang wujud dalam kehidupan kita dan ikan-ikan yang selamat sampai ke pelabuhan tu adalah kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau dugaan, kehidupan kita akan menjadi lesu dan terasa kosong serta asing. Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang dihadapi dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan kita lebih bertenaga, bersemangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya..~"bhhasya"~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...