Pages

Friday, 7 May 2010

MENANGIS....



MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS.... ???

BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...???
ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..???

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

- Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allahlah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun
ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah
air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat dicela
umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau
merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan siksaan Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan
tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka
wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang
daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah
ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di
jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon
kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum
akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam
terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.



*Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.

*Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

*Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

*Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.

*Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

*Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat,yakinlah rezeki itu
adalah pemberian Tuhan.

Oleh itu??..

Simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari
qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan
kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, ada tiga perkara yang membuatkan saya menangis...

# Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
# Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
# Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga
atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mati.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

1 comment:

  1. salam..satu perkongsian yg baik..
    klu nak baca lg mengenai menangis ni bleh la layari blog ni...
    http://alqiyamah.wordpress.com/2010/01/25/seharusnya-kita-selalu-menangis/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...